1226. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersama Ubaiya hin Kaab, orang Ansar berjalan menuju sebuah kebun kurma yang di dalamnya ada Ibnu Saiyad. Ketika Rasulullah s.a.w. masuk beliau bersembunyi dekat pohon kurma dan beliau mengintip untuk mendengarkan sesuatu dari Ibnu Saiyad sebelum ia melihat beliau. Ibnu Saiyad sedang tidur di atas tikar dan mendengkur dalam selimutnya. Ibu Ibnu Saiyad melihat Nabi s.a.w. ketika beliau bersembunyi dekat pohon kurma, Katanya kepada Ibnu Saiyad: "Hai Shaf! Ini Muhammad!" Ibnu Saiyad lalu menghindar. Rasulullah bersabda: "Jikalau ibunya membiarkan tentu akan nyata keadaannya."
1227. Dari Aisyah r.a., Isteri Rifaah al Qurazi datang menghadap Nabi s.a.w. katanya: Saya adalah isteri Rifa'h, kemudian saya ditalaknya, dan telah ditalak bain. Lalu saya kahwin dengan Abdurrahman bin Zubir. Tetapi dengan dia saya hanya sebagai jambu-jambu kain saja (tidak apa-apa). Sabda beliau: "Hendak kembalikah engkau kepada Rifaah? Belum boleh, sebelum engkau rasakan air madunya dan dirasanya air madu engkau (bersenggama).
1228. Dari 'Uqbah bin Haris r.a., Ia kahwin dengan anak Abu Ihab bin Aziz. Kemudian ada seorang perempuan datang kepadanya, katanya: "Sesungguhnya saya yang menyusukan 'Uqbah dan perempuan yang dikahwininya". Kata 'Uqbah: "Saya tiada mengetahui bahawa anda menyusukan saya dan anda pun belum pernah mengkhabarkan itu kepada saya. Lalu ia pergi kepada keluarga Abu Ihab menanyakan hal itu kepada mereka. Mereka menjawab: "Kami tiada mengetahui bahawa ia menyusukan saudara kami". Lalu 'Uqbah berangkat ke Madinah untuk menghadap Nabi s.a.w. Maka ia bertanya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana membantahnya, kerana telah ada orang yang berkata begitu". Lalu diceraikannya dan perempuan itu kahwin dengan laki-laki lain.
1229. Dari Umar bin Khattab r.a., katanya: "Manusia di zaman Rasulullah s.a.w. berhukum dengan dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi. Sekarang kamu kami hukum menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerjamu. Barangsiapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan: hanya Tuhan yang menghitung (memeriksa) yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik".
1230. Dari Aisyah r.a., katanya: Aflah minta izin masuk rumah saya, dan saya tidak mengizinkannya. Katanya: "Adakah engkau akan tertutup terhadap saya, sedangkan saya saudara bapa engkau?" Kata saya: "Mengapa begitu?" Jawabnya: " Engkau disusukan oleh isteri saudara ku." Kata Aisyah: lalu saya tanyakan hal itu kepada Rasulullah saw. Sabda beliau: "Benar Aflah, izinkanlah dia!"
1231. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda mengenai anak puteri Hamzah: "Ia tiada halal untuk saya. Haram kerana sesusuan sama dengan haram kerana seketurunan. Dan ia adalah anak dari saudara ku sesusuan".
1232. Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., sesungguhnya Nabi s.a.w berada didekatnya ketika ia mendengar suara laki-laki minta izin masuk ke rumah Hafsah. Kata Aisyah, saya berkata: "Hai Rasulullah! Saya kira orang itu si Anu, bapa kecil Hafsah sesusuan! Kata Aisyah seterusnya: "Hai, Rasulullah! Laki-laki ini minta izin masuk ke rumah tuan". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya juga mengira bahawa orang itu bapa kecil Hafsah kerana sesusuan". Kata Aisyah: "Kalau sekiranya si Anu bapa kecilku kerana sesusuan masih hidup, bolehkah ia masuk ke rumahku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya, sesungguhnya sesusuan itu menjadi muhrim, sebagaimana muhrim kerana keturunan".
1233. Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. masuk ke rumah saya. Ketika itu di rumah saya ada seorang laki-laki. Beliau bertanya: "Hai Aisyah! Siapa orang ini?" Jawab saya: "Saudaraku kerana sesusuan". Sabda beliau: "Hai Aisyah! Perhatikanlah mana yang orang baik dari antara saudara mu sesusuan itu, kerana sesungguhnya menyusu itu kerana lapar"
1234. Dari Urwah bin Zubair r.a.: Ada seorang perempuan mencuri waktu peperangan menaklukkan Mekah. Lalu ia dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau memerintahkan supaya dipotong tangannya. Aisyah berkata: "Kemudian perempuan itu sempurna taubatnya dan ia kahwin. Sesudah itu pernah ia datang dan saya sampaikan permintaannya kepada Rasulullah s.a.w."
1235. Dari Imran bin Husain r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang ada pada abadku, di bawah itu orang-orang yang setelah mereka, seterusnya orang-orang yang setelah mereka". Dan selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: Setelah kamu nanti akan ada kaum yang berkhianat dan mereka tiada dipercayai. Mereka turut jadi saksi, sedangkan mereka tiada diminta untuk itu; mereka bernazar, tetapi mereka tiada memenuhinya (tiada membayarnya), dan di antara mereka ada gemuk-gemuk badannya".
1236. Dari Abdullah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Manusia yang paling baik ialah mereka yang ada pada abadku. Dibawah itu adalah mereka yang dibelakangnya. Kemudian datang beberapa kaum. Seseorang di antara mereka mendahulukan kesaksian dari sumpahnya dan sumpahnya dahulu dari kesaksiannya".
1237. Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-laki membaca Quran dalam masjid. Beliau bersabda: "Kiranya Allah memberi rahmat kepadanya! Ia mengingatkan saya akan ayat ini dan ayat itu yang saya lupa memasukkannya dalam surah ini dan surah itu". Abbad bin Abdullah r.a. menambahkan dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. tahajjud di rumahku dan beliau mendengar suara Abbad sedang solat dalam masjid. Beliau bersabda: "Hai Aisyah! Suara Abbadkah ini?" Jawab ku: "Ya!" Sabda beliau: "Ya Tuhan, kasihilah kiranya Abbad!"