527. 'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. solat sebelas rakaat. Begitulah solat beliau tengah malam. Beliau sujud; lama satu sujud beliau kira-kira selama kamu membaca lima puluh ayat sebelum beliau mengangkat kepalanya kembali. Beliau juga melakukan solat sunat dua rakaat (sunat Fajar) sebelum solat Subuh. Kemudian beliau berbaring ke kanan, menunggu pemberitahuan untuk solat Subuh."
528. ' Aisyah r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah saw. solat witir setiap malam, dan selesai pada waktu sahur."
529. ' Aisyah r.a. menceritakan, katanya: "Nabi saw. solat, dan aku sedang tidur melintang di tikarnya. Ketika beliau hendak solat witir, beliau membangunkan ku, lalu aku witir pula."
530. Dari Abdullah r.a., dari Nabi saw., katanya: "Buatlah akhir solatmu di tengah malam, ganjil bilangan rakaatnya."
531. Dari Sa'id bin Yasar r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Abdullah bin Umar di jalan menuju Mekah. Ketika aku merasa khuatir Subuh akan datang, aku turun dari kenderaanku lalu aku solat witir, sesudah itu aku susul Abdullah. Tanya Abdullah, "Kemana engkau?" Jawab ku, "Aku khuatir waktu Subuh akan segera datang. Aku turun dari kenderaan, lalu aku solat witir." Kata Abdullah, "Bukankah Rasulullah saw. itu ikutan yang baik?" Jawab ku, "Ya! Demi Allah!" Kata Abdullah, "Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah solat witir di atas kenderaannya."
532. Berita dari Anas r.a., katanya dia ditanya orang: "Adakah Nabi saw. qunut pada solat Subuh?" Jawab Anas, "Ada!" Ditanyakan orang pula, "Apakah beliau qunut sebelum rukuk ?" Jawab Anas, "Sesudah rukuk, dalam masa yang pendek."
533. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah qunut selama satu bulan, mendoakan suku Riil dan Dzakwan."
534. Dari Anas r.a., katanya: "Biasanya qunut itu pada solat Maghrib dan solat Subuh."
535. Dari 'Abbad bin Tamim r.a., dari pakciknya, katanya: "Nabi saw. pernah keluar untuk solat istisqa' (solat minta hujan dengan memakai baju terbalik)"
536. Anas bin Malik r.a. bercerita, katanya: "Pada suatu hari Jumaat seorang laki-laki masuk ke masjid dari pintu yang berhadapan dengan mimbar, ketika Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Orang itu berdiri di hadapan Rasulullah saw. dan berkata: "Ya, Rasulullah! haiwan-haiwan ternak telah binasa dan jalan-jalan terputus. kerana itu mohonlah kepada Allah semoga Dia menurunkan hujan bagi kita." Kata Anas, Rasulullah saw. mengangkat tangan beliau, lalu beliau mendoa: "Allahumma asqina! Allahumma asqina! . Allahumma asqina!" (Wahai Allah! Turunkan lah hujan kepada kami! Wahai, Allah! . Turunkankanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!). Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak melihat sedikit pun awan di langit, tidak pula ada sebuah rumah pun antara kami dan bukit Sala'." Anas menambahkan, "Tetapi sebentar antaranya, kami lihat awan naik di belakang bukit seperti perisai. Awan itu terus menyebar dan kemudian hujan pun turun." Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak dapat melihat matahari selama enam hari.Hari Jumaat berikutnya, seorang laki-laki masuk pula ke masjid dari pintu yang sama, dan Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Laki-laki itu datang menghadap kepada Rasulullah dan berkata: "Ya, Rasulullah! Telah binasa harta benda dan telah putus jalan-jalan. kerana itu mendoalah kepada Allah swt. supaya Dia menghentikan hujan." Kata Anas, Rasulullah mengangkat kedua belah tangan beliau, kemudian mendoa: "Allahumma hawaalainaa wala 'alainaa. Allahumma 'alal aakaami wal jibali wazh zhiraabi wal awdiyati wa manabitisy syaiari. (Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya sekitar kami dan jangan di atas kami. Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya di bukit-bukit, di gunung-gunung, di belukar dan di tempat-tempat pengambilan air, lembah-lembah dan pokok-pokok kayu)." Kata Anas, "Maka berhentilah hujan, dan kami dapat keluar serta berjalan di bawah sinar matahari." Kata Syuraik, " Aku bertanya kepada Anas, apakah laki-laki itu orang yang dulu juga?" Jawab Anas, "Aku tidak tahu."
537. Riwayat dari Anas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. mengangkat kedua tangan beliau, lalu beliau mendoa: "Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna. (Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!! Wahai Allah! Turunkanlah hujan kepada kami."
538. Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: "Nabi saw. pernah keluar untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, mendoa dan membalikkan cadarnya. Kemudian beliau solat dua rakaat, menyaringkan bacaan di kedua rakaat itu."
539. Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: "Nabi saw. keluar rumah, pergi ke tempat solat untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, lalu solat dua rakaat dan membalikkan cadarnya."
540. Dari Anas bin Malik La., katanya: "Nabi saw. tidak pernah mengangkat kedua tangannya ketika mendoa, melainkan ketika mendoa minta hujan. Ketika minta hujan, beliau mengangkat kedua tangannya hingga kelihatan putih ketiaknya."
541. Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."
542. Berita dari Ibnu Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Aku ditolong Allah dengan Angin Timur, dan kaum 'Ad dimusnahkan dengan Angin Barat."
543. Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Hari kiamat belum akan terjadi sehingga telah dihapuskan ilmu pengetahuan, banyak terjadi gempa bumi, masa (waktu) terasa pendek, timbul berbagai macam bencana, banyak terjadi peristiwa yang menggemparkan seperti pembunuhan, dan wang berlimpah-limpah di sekitarmu."
544. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah. saw. pernah mendoa: "Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka (para sahabat), "Nejd, bagaimana ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan."
545. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Kunci yang ghaib ada lima; tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.: 1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok. 2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan. 3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok. 4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan 5. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun."
546. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Kami berada dekat Rasulullah saw. ketika pada suatu hari terjadi gerhana matahari. Rasulullah saw. berdiri seraya menghela cadarnya sampai masuk masjid. Kami pun masuk pula ke dalam masjid. Beliau solat dengan kami dua rakaat sampai matahari terang kembali. Nabi saw. bersabda: "Terjadinya gerhana matahari dan bulan, bukanlah kerana seseorang meninggal dunia. Maka apabila kamu melihat keduanya, solatlah dan mendoalah hingga segalanya terang kembali."
547. Ibnu Umar r.a. mengkhabarkan dari Nabi saw., bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana. solatlah!"
548. Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., terjadi gerhana matahari, iaitu bertepatan dengan hari meninggalnya Ibrahim (putera Rasulullah saw.). Kerana itu orang banyak berkata, "Terjadi gerhana matahari kerana meninggalnya Ibrahim." Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya, terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka solatlah dan mendoalah kepada Allah swt."
549. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa beliau bercerita: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. kerana itu beliau solat mengimami orang banyak. Nabi saw. berdiri dan lama berdirinya, kemudian rukuk dan lama rukuknya. Kemudian beliau berdiri dan lama berdirinya tapi tidak selama yang pertama. Sesudah itu rukuk dan lama rukuknya tetapi tidak selama rukuknya yang pertama. Kemudian beliau sujud dan lama sujudnya. Sesudah itu beliau perbuat rakaat yang kedua seperti apa yang telah beliau lakukan pada rakaat yang pertama, kemudian selesai. Setelah selesai solat, matahari telah jelas kelihatan. Nabi saw. memberikan khutbah untuk orang banyak. Sesudah memuji dan mengagungkan Allah swt., beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt. Keduanya tidak gerhana kerana mati atau lahirnya seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka mendoalah kepada Allah, bacalah Takbir, solat dan bersedekahlah." Kemudian beliau meneruskan: "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hambaNya yang berzina, atau ummatNya yang berzina." "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit tertawa tetapi banyak menangis."
550. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Tatkala terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah saw., diadakan pemberitahuan solat berjemaah: Innash shalaata Jaami'ah (marilah solat berjemaah)."
55l. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., bahawa seorang perempuan Yahudi datang kepadanya menanyakan sesuatu; Kemudian perempuan Yahudi itu berkata kepadanya, "Semoga Allah melindungi mu dari seksa kubur." kerana itu 'Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah manusia akan diseksa dalam kubur mereka?" Jawab Rasulullah saw., "Berlindunglah dengan Allah dari seksa kubur itu!" Pada suatu pagi Rasulullah pergi berkenderaan. Tiba-tiba terjadi gerhana matahari. kerana itu, waktu dhuha (sebelum tengah hari) beliau telah kembali. Beliau berjalan melalui kamar-kamar (isteri beliau). Kemudian beliau berdiri hendak solat dan berdiri pulalah orang di belakang beliau. Rasulullah saw. berdiri lama, kemudian beliau rukuk lama, kemudian beliau bangkit lalu berdiri lama, tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama, tetapi tidak selama ruku yang pertama, kemudian beliau bangkit lalu sujud, kemudian beliau berdiri lama tetapi tidak selama yang mula-mula, kemudian beliau rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian berdiri lama tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian beliau bangkit lalu sujud dan menyudahi solat beliau. Sesudah itu beliau bersabdakan apa yang diperintahkan Allah; dan memerintahkan orang banyak supaya berlindung dari seksa kubur."
552. Ibnu Abbas r.a. memberitakan, bahawa orang banyak berkata kepada Rasulullah saw.: "Kami melihat anda seolah-olah anda mengambil sesuatu di tempat anda, sesudah itu kami lihat pula anda undur." Jawab Nabi saw., "Aku melihat syurga, lalu aku ingin memetik buah-buahannya. Kalaulah buah-buahan itu dapat ku petik, sesungguhnya dapat untuk makanmu seumur dunia. Dan diperlihatkan pula kepada ku neraka. Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Ku lihat kebanyakan isinya kaum wanita." Tanya mereka, "Kenapa begitu ya, Rasulullah?" Jawab beliau., "Kerana kekafiran mereka!" Tanya mereka, "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Nabi saw., "Mereka kafir terhadap teman hidup (suami) mereka dan terhadap kebaikan yang dia terima daripadanya. Sekalipun engkau telah berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu kesalahan daripadamu, lantas ia berkata: "Saya tidak pernah sedikit pun melihat kebaikan daripadamu."
553. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf (gerhana bulan). Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat. "
554. Abdullah r.a. mengatakan, bahawa Nabi saw. membaca surah An Najm di Mekah, lalu beliau sujud dan orang banyak pun sujud pula mengikut beliau kecuali seorang orang tua. Dia hanya mengambil segenggam pasir atau tanah, kemudian mengangkat ke dahinya sambil berkata: "Ini sudah cukup bagiku." Tak lama kemudian, orang tua itu mati terbunuh dalam kekafiran."
555. Abu Hurairah r.a. mengatakan, "Solat Subuh hari Jumaat, Nabi saw. membaca Alif Laam Miim Tanzil As Sajdah " (surat: 32) dan Hal ata 'alal insaani (surah: 76)."
556. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. mengatakan, bahawa surah Shaad tidak termasuk surah yang mengharuskan sujud. Tetapi aku melihat beliau sujud ketika membaca surat itu."
557. Dan Zaid bin Tsabit, katanya: "Aku membaca surah An Najm di hadapan Nabi saw., beliau tidak sujud."
558. Dan Ibnu Umar r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. membacakan surah yang mengandung ayat sajdah di hadapan kami, beliau langsung sujud dan kami pun sujud pula sehingga ada sahabat yang tidak mendapat tempat untuk sujud."
559. Dari Ibnu Abbas, katanya: "Nabi saw. pernah menetap selama sembilan belas hari dan beliau mengqasar solat. "
561. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami pernah solat (qasar) dua rakaat di Mina bersama Nabi saw., Abu Bakar dan Umar dan Usman. Tetapi kemudian, ketika Usman baru mulai menjadi ketua pemerintahan, beliau solat sepenuhnya (tidak qasar)."
562. Dari Haritsah bin Wahab, katanya: "Nabi saw. pernah solat dengan kami di Mina dalam keadaan aman, dua rakaat. "
563. Dari Ibnu Mas'ud r.a., ketika dia ditanya orang perihal solat Usman di Mina empat rakaat, dia membaca Istirja' kemudian berkata: "Aku solat bersama Nabi saw. di Mina dua rakaat. Kemudian bersama Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., dua rakaat (yaitu, ketika keduanya telah menjadi khalifah). Wahai, kiranya aku untung, kerana dua rakaat sama nilainya dengan empat rakaat (di sisi Allah)."
564. Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Nabi saw. bersabda: "Tidak halal bagi wanita yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, berjalan sehari semalam tanpa ditemani muhrimnya."
565. Dari Anas r.a., katanya: "Aku pernah solat beserta Nabi saw. di Madinah empat rakaat dan di Dzulhulaifah dua rakaat."
566. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. apabila beliau ingin cepat dalam perjalanan, dijamakkannya solat Maghrib dan Isyak dan dilakukannya di waktu Isyak (Jamak takhir). dis Sahih Bukhari No. 0567 Jilid 2 Topik adalah Solat 567. Dari 'Amir r.a., katanya: "Saya melihat Nabi saw. solat di atas kenderaan beliau menghadap ke mana saja kenderaannya itu menghadap."
568. Dari Jabir bin AbdulJah r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa solat sunat ketika ia sedang di atas kenderaan tanpa menghadap ke kiblat."
570. Dari Ibnu Umar, katanya: "Aku pernah menemani Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, tetapi aku tidak melihatnya melakukan solat sunat dalam perjalanan itu."
571. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Aku pernah menemani Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tidak lebih dari dua rakaat beliau solat selama dalam perjalanan itu. Begitu pula Abu Bakar, Umar dan Usman r.a."
572. Dari' Amir bin Rabiah r.a., dia menceritakan bahawa dia melihat Nabi saw. solat Malam dalam perjalanan di atas kenderaannya.
573. Dari Ibnu Abbas r.a.,katanya: "Rasulullah saw. menjamak solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak, apabila beliau dalam perjalanan."
574. Dari Anas r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berangkat sebelum matahari condong ke Barat (sebelum Zohor), diundurnya melakukan solat Zohor hingga Asar kemudian dijamakkannya keduanya. Dan apabila matahari telah condong, beliau solat Zohor lebih dahulu, sesudah itu baru beliau menaiki kenderaannya."
575. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di rumah sambil duduk ketika beliau sakit, dan orang banyak solat di belakangnya sambil berdiri. Lalu beliau memberi isyarat kepada mereka supaya mereka duduk. Ketika telah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu dan apabila dia bangkit, maka bangkit pulalah kamu."
576. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. jatuh dari kuda dan luka di sebelah kanan. kerana itu kami pergi mengunjungi beliau. Ketika waktu solat tiba, beliau solat sambil duduk, maka kami pun solat pula sambil duduk. Setelah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, maka takbir pulalah kamu. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu. Dan apabila dia mengangkat kepala maka angkat pula kepalamu. Dan apabila dia membaca: Sami'allaahu liman hamidah, maka bacalah: Rabbana wa lakal hamdu."
577. Dari 'Imran, katanya: "Aku bertanya kepada Nabi saw. perihal orang yang solat duduk." Jawab beliau, "Orang yang solat berdiri, itulah yang paling utama. Dan orang yang solat duduk, maka pahalanya seperdua pahala solat berdiri. Dan orang yang solat tidur, maka pahalanya seperdua pahala orang yang solat duduk."
578. Dan 'Imran bin Hushain, katanya: "Aku sakit buasir. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., tentang bagaimana cara melakukan solat. Jawab beliau, "Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring."
579. Diceritakan dari 'Aisyah, bahawasanya dia belum pernah melihat Nabi saw. solat malam sambil duduk sekali-kali tidak, sehingga beliau sampai ke usia tua beliau. Biasanya beliau membaca sambil duduk dan apabila beliau hendak rukuk beliau berdiri, kemudian beliau membaca sekitar tiga puluh atau empat puluh ayat, sesudah itu baru beliau rukuk."
580. Diceritakan dari 'Aisyah, bahawasanya Rasulullah saw. solat sambil duduk, maka beliau membaca sambil duduk. Apabila bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat beliau berdiri dan meneruskan bacaannya sambil berdiri, kemudian beliau rukuk dan sesudah itu sujud. Pada kedua beliau melakukannya seperti itu juga. Apabila beliau telah selesai solat, beliau melihat kepadaku; jika aku masih bangun beliau bercakap cakap dengan ku, dan apabila aku telah tidur, beliau pun berbaring pula."
581. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bangun tengah malam hendak solat tahajjud, beliau membaca "Allahumma lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi waman fiihinna. walakal hamdu mulkus samaawaati wal ardhi waman fiihinna, walakal hamdu nurus samaawati wal ardhi. walakal hamdu antal haqqu wa wa'dukal haqqu wa liqaauka haqqun wa qawluka haqqun wal jannatu haqqun wan naaru haqqun wan nabiyyuna haqqun wa Muhammadun shallallaahu 'alaihi wa sallama haqqun, was saa'atu haqqun. "Allhumma laka aslamtu wa bika aamantu wa 'alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ifaika haa kamtu. faghfirli maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a'lantu antal muqaddimu wa antal muakh-khiru laa ilaaha illaa anta (atau: laa ilaaha ghairuka) wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah. " (Wahai, Allah! UntukMulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. UntukMulah segala puji Cahaya langit dan bumi. Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu maha benar, menemui Engkau (di akhirat) maha benar, firman-Mu maha benar, syurga maha benar, neraka maha benar, para Nabi maha benar, dan Muhammad; shallallaahu 'alaihi wasallam maha benar, dan hari kiamat maha benar. Wahai, Allah! Saya pasrah kepadaMu, dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah, dan kepada Engkau aku kembali, dan kerana (mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan, dan kepada Engkau aku meminta hukum. kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan; tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau).
582. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Ada seorang laki-laki pada masa hidup Rasulullah saw., apabila dia bermimpi diceritakannya kepada Rasulullah. Maka saya mengharap-harap supaya saya bermimpi pula untuk saya ceritakan kepada Rasulullah saw. Ketika itu aku masih muda belia, dan aku tidur di masjid waktu Rasulullah masih hidup. Pada suatu ketika aku bermimpi, aku melihat dalam mimpiku itu seolah-olah dua malaikat datang kepada ku lalu keduanya membawa ku ke neraka. Di situ ada bangunan seperti sumur, mempunyai dua cabang dan di dalamnya banyak manusia yang saya kenal. Kataku, "Semoga Allah melindungi ku dari neraka ini." Maka datang malaikat yang lain, lalu ia berkata kepada ku, "jangan takut!" Mimpiku itu aku ceritakan kepada Hafshah (isteri Rasulullah) lalu Hafshah menceritakannya pula kepada Rasulullah saw Sabda Rasulullah. "Abdullah Ibnu Umar itu adalah seorang anak yang baik. Saya berharap supaya dia melakukan solat malam. " Semenjak itu Abdullah selalu solat malam. Ia tidur hanya sebentar."
583. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat (malam) sebelas rakaat. Memang begitulah solat beliau. Lamanya sujud dalam solatnya itu untuk satu kali sujud, selama kamu membaca kira-kira lima puluh ayat sebelum dia mengangkat kepalanya. Kemudian dia solat dua rakaat sebelum fajar, kemudian dia berbaring di punggungnya yang kanan, hingga datang orang memberitahukannya untuk solat (Subuh). "
584. Dari Jundab bin Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sakit dan beliau tidak dapat berdiri (untuk solat tahajjud) semalam atau dua malam."
585. Diceritakan dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa pada suatu malam Nabi saw. mengetuk pintu rumahnya bersama Fatimah binti Rasulullah saw. Sabda beliau saw.: ."Kenapa kalian , tidak solat?" Jawab Ali, "Ya, Rasulullah ! Diri kami tangan Allah. Apabila Dia menghendaki kami bangun, kami akan bangun." Mendengar jawapan itu beliau berpaling tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada ku. Tetapi kemudian aku mendengar beliau memukul pahanya sendiri, dan berkata: "Wa kaanal insaanu aktsara syar-in jadalaa." (Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah).
586. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Jika ada Rasulullah saw. meninggalkan sesuatu amal, sedangkan beliau sendiri suka untuk mengerjakan amal itu, hal itu adalah disebabkan, kerana beliau takut orang banyak akan mengamalkannya pula, lalu mereka menganggap amal itu wajib bagi mereka. Nabi saw. tidak pernah solat dhuha, tetapi aku melakukannya."
587. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa pada suatu malam Rasulullah saw. berada di masjid. Beliau solat, maka orang banyak mengikuti pula beliau solat. Malam berikutnya Nabi saw. solat pula. Orang yang mengikutnya pun bertambah banyak. Pada malam ketiga atau mungkin malam keempat orang semakin banyak berkumpul, tetapi Nabi saw. tidak datang. Esok pagi Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya aku telah tahu apa yang kamu lakukan. Tidak sesuatu pun yang melarang ku untuk keluar untuk solat malam bersama-sama kamu sekalian. Hanya aku khuatir kalau-kalau perbuatan itu menjadi wajib atasmu." Peristiwa itu terjadi di bulan Ramadhan.
588. Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berdiri melakukan solat, beliau berdiri lama sekali sehingga bengkak tumit atau betis beliau. Lalu beliau ditanya orang mengenai hal itu. Jawab beliau, "Apakah aku tidak boleh menjadi seorang hamba yang banyak syukur?"
589. Diceritakan dari Abdullah bin Umar Ibnu 'Ash, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud beliau tidur seperdua malam berdiri (solat) sepertiganya, dan tidur seperenamnya; beliau puasa satu hari dan berbuka satu hari. "
590. Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a.: "Apakah amal yang paling disukai Nabi saw"?" Jawabnya, "Amal yang dilakukan secara terus menerus. "Lalu ku tanyakan pula: "Bilakah beliau bangun tengah malam untuk solat?" Jawabnya, "Beliau bangun apabila telah kedengaran kokok ayam."
591. Diceritakan dari Anas r.a. bahawasanya Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit, kedua-duanya makan sahur bersama-sama. Maka tatkala kedua-duanya telah sahur, Nabi saw. berdiri hendak solat dan beliau melakukannya. Ditanya orang Anas, "Berapa lamanya antara keduanya selesai sahur dengan solat?" Jawab Anas, "Kira-kira selama membaca lima puluh ayat."
592. Dari Ibnu Masud r.a., katanya: "Pada suatu malam aku solat bersama Nabi saw. Maka beliau berdiri lama sekali, sehingga aku ingin hendak melakukan suatu perbuatan buruk. Lalu ditanyakan orang, "Apa yang kamu inginkan?" Jawabnya, "Aku ingin duduk dan meninggalkan Nabi saw. (solat sendirian)."
593. Diceritakan dari Hudzaifah r.a., bahawa Nabi saw. apabila berdiri hendak solat tahajjud tengah malam, lebih dahulu beliau membersihkan mulutnya dengan siwak (sikat gigi dari kayu).
594. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw., tanyanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya melakukan solat malam?" Jawab Rasulullah, "Dua-dua; apabila kamu khuatir Subuh datang, lakukanlah solat witir satu rakaat."
595. Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Solat Nabi saw. banyaknya tiga belas rakaat. Yakni solat malam."
596. Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Aisyah tentang solat malam Rasulullah saw." Jawabnya, "Adakalanya tujuh, atau sembilan, dan ada juga sebelas rakaat, belum termasuk dua rakaat fajar."
597. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. solat malam tiga belas rakaat satu rakaat daripadanya ialah solat witir dan dua rakaat solat sunat fajar."
598. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pernah tidak berpuasa selama sebulan, sehingga kami mengira Nabi saw. tidak dibolehkan puasa bulan itu. Begitu pula, beliau pernah berpuasa selama sebulan, hingga kami mengira bahawa Nabi tidak boleh berbuka bulan itu. Dan jika kamu ingin melihatnya solat tengah malam, kamu akan dapat melihatnya, dan jika kamu ingin melihatnya tidur, kamu juga boleh melihatnya."
599. Diberitakan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan" 'Tidurlah engkau sepanjang malam.' Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwuduk, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas."
600. Dari Samurah r.a., diceritakannya dari Nabi saw. perihal mimpi. Sabda Nabi saw.: "Barangsiapa bermimpi, seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya, orang itu mempelajari Al Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya."
601. Dari Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika diperkatakan orang dekat Nabi saw. seorang laki-laki yang sentiasa tidur sampai subuh dan tidak pernah bangun solat malam. Sabda Nabi, "Kupingnya telah dikencingi syaitan."
602. Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Allah tabaaraka wa ta'aala (Allah Yang Maha Suci lagi Agung) turun ke langit dunia pada (sepertiga yang akhir di setiap malam.) Dia berfirman: "Barangsiapa mendoa kepada Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun akan Ku ampuni dia."
603. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa dia ditanya orang mengenai solat Rasulullah saw. di waktu malam. Jawab 'Aisyah, "Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya, lalu beliau solat. Kemudian beliau kembali pula ke tempat tidurnya. Maka apabila muadzin telah azan (untuk solat Subuh), beliau bangun. Kalau memang perlu, beliau mandi lebih dahulu, jika tidak, beliau mengambil wuduk saja, kemudian beliau pergi solat ke masjid."
604. Dari Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada bulan Ramadhan. Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas rakaat. Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat rakaat lagi, dan janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga rakaat. Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?" Jawab Nabi saw., "Wahai, 'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku tidak."
605. Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. pernah bersabda kepada Bilal pada waktu Subuh, sabdanya: "Hai, Bilal! Cuba ceritakan kepada ku amal apa yang paling kamu sukai dalam Islam. Kerana aku mendengar bunyi terompahmu di hadapanku nanti di syurga." Jawab Bilal, "Tidak ada amal yang paling ku sukai melainkan apabila aku telah berwuduk siang ataupun malam, maka aku solat dengan wuduk itu, seperti telah ditetapkan untukku."
606. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu kali Nabi saw. masuk ke masjid, kebetulan di situ ada tali terbentang antara dua tiang. Nabi bertanya: "Tali apa ini?" Jawab mereka (para sahabat): "Itu tali kepunyaan Zainab. Apabila ia merasa lelah ia berpegang di tali itu." Sabda Nabi, "Jangan! Itu tidak boleh! Bukalah tali itu! Solatlah kamu sesuai dengan kesanggupanmu. Apabila kamu telah lelah maka duduklah."
607. Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku. "Wahai, Abdullah! Janganlah kamu seperti si Fulan, ia bangun solat malam dan setelah itu dia berhenti."
608. Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepadanya: "Diceritakan orang kepada ku, bahawa engkau selalu bangun solat malam dan berpuasa terus setiap hari." Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah! Aku melakukannya." Sabda Nabi, "Kalau memang begitu, matamu akan cekung dan diri mu akan lemah. Sesungguhnya diri mu mempunyai hak dan keluargamu mempunyai hak. Kerana itu puasalah dan berbukalah, bangunlah untuk solat dan tidurlah."
609. Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit, bahawa Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa bangun tengah malam, lalu dia membaca: "Laa Illaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Lahul mulku walahul hamdu wa hu wa 'alaa kulli syai-in qadiir. Alhamdu lillaah, wa subhaanallaah. walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar. Walaa hawla walaa quwwata illaa billaah, kemudian dilanjutkannya: Allaahummaghfirli. (Tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya sajalah kekuasaan, dan milikNya sajalah segala puji, dan Dia berkuasa atas segala-galanya. Segala puji hanya milik Allah, Maha Suci Allah, Tidak ada Tuhan melainkan hanya Allah; dan Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya, tiada pula kekuatan melainkan hanya milik Allah. Kemudian dia melanjutkan: "Wahai Allah! Ampunilah kiranya aku!") Jika dia mendoa, diperkenankan doanya. Jika dia mengambil wuduk, lalu dia solat, diterima Allah solatnya.
610. Abu Hurairah r,a. di dalam salah satu riwayatnya mengatakan, bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya saudara mu, Abdullah bin Rawahah tidak pernah berkata kotor (mengulangi ucapannya): "Di samping kita Rasulullah membaca Kitab. Di kala fajar yang dikenal terbit bersinar. Kita lihat petunjuk sesudah buta. Kita yakin perkataannya benar. Pada malam hari beliau tidur hanya sebentar. Ketika orang musyrik tidur nyenyak."
611. Dari 'Aisyah r.a, katanya: "Rasulullah saw. melakukan solat Isyak. Sesudah itu beliau solat lapan rakaat setelah itu dua rakaat sambil duduk. Kemudian beliau solat lagi dua rakaat antara azan dan iqamat dan beliau tidak pernah meninggalkan yang dua rakaat belakangan itu."
612. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Quran; Sabda beliau: "Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian membaca doa: "Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri ('ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii ('ajili amri wa aajilihi) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini." (Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuanMu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. Dan jika menurut pengetahuanMu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."
613. Dari Abu Qatadah bin Rib'i Al Anshari r.a., ia mengatakan bahawa Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk lebih dahulu sebelum solat dua rakaat."
614. Diceritakan oleh Abdullah bin Umar, katanya: "Aku solat bersama Rasulullah saw., dua rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudah Zohor, dua rakaat sesudah Jumat, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak.
615. Dari Jahir r.a., dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. pernah Sabda ketika ia sedang berkhutbah, katanya: "Apabila seseorang kamu masuk masjid dan imam sedang berkhutbah, atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu dua rakaat (sebelum duduk)."
616. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Nabi saw. berpesan kepada ku supaya aku melakukan solat dhuha dua rakaat."
617. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Tidak ada solat Nawafil (sunat) yang lebih diutamakan oleh Nabi saw. dari solat sunat lainnya selain daripada dua rakaat sunat fajar."
618. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melakukan dua rakaat solat sunat sebelum Subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku bertanya-tanya dalam hatiku, adakah Nabi saw. membaca Al Fatihah (atau tidak)."
619. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan ku tinggalkan selama hidupku. Pertama, puasa tiga hari setiap bulan. Kedua, solat Dhuha. Ketiga, tidur sesudah solat witir."
620. Dari 'Aisyah r.a., dia mengatakan: "Sesungguhnya Nabi saw. tidak pernah meninggalkan solat sunat, empat rakaat sebelum Zohor, dan dua rakaat sebelum Subuh. "
621. Dari Abdullah Al Muzanni, katanya Nabi saw. bersabda: "solatlah kamu sebelum solat Maghrib." Diucapkannya sampai tiga kali, dan pada kali yang ketiga beliau menambahkan: "Bagi siapa yang ingin melakukannya." Beliau tambahkan kata-kata tambahan itu kerana beliau takut orang banyak akan menganggapnya menjadi sunnah."
622. Dari Ibn Umar r.a., dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Kerjakanlah beberapa di antara solatmu di rumah mu, dan jangan kamu jadikan rumah mu itu menjadi kuburan."
623. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Tidak disiapkan perangkat kenderaan melainkan untuk perjalanan ke tiga buah masjid. Pertama, ke Masjidil Haram di Mekah. Kedua, ke Masjidir Rasul di Madinah. Ketiga, ke Masjidil Aqsha di Jerusalem."
624. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Satu kali solat di masjid ku ini, lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain, melainkan di Masjidil Haram."
625. Diceritakan oleh Nafi', bahawa sesungguhnya Ibnu Umar r.a. tidak pernah melakukan solat dhuha, melainkan hanya dua kali. Yaitu: 1. Ketika beliau tiba di Mekah, kerana beliau tiba pada waktu dhuha. Lalu beliau tawaf, kemudian solat dua rakaat di belakang Maqam (Ibrahim). 2. Pada hari beliau mengunjungi Masjid Quba. Biasanya beliau berkunjung ke sana setiap hari Sabtu. Setiba di situ beliau terus masuk ke masjid dan solat dua rakaat sesudah itu beliau keluar. Nafi' menambahkan, bahawa Ibnu Umar bercerita: "Sesungguhnya Nabi saw. mengunjungi masjid Quba itu kadang-kadang dengan menunggang kuda dan kadang-kadang berjalan kaki. Kata "Nafi pula meneruskan, Ibnu Umar berkata. "Sesungguhnya aku hanya berbuat sebagaimana yang pernah kulihat sahabat-sahabatku memperbuatnya. Dan aku tidak melarang orang untuk mengerjakan solat bila saja ia kehendaki. malam atau pun siang, asal saja jangan disengaja melakukannya pada waktu matahari terbit atau terbenam."
626. Dari Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Nabi saw. bersabda: "Antara rumahku dan mimbarku adalah sebuah kebun dari kebun syurga; dan mimbarku berada di atas telagaku."
627. Qazaah Maula Ziyad berkata: "Aku mendengar Abu Said Al Khudri mengatakan empat macam ajaran dari Nabi saw., yang sangat aku kagumi dan ku nilai tinggi. Yaitu: 1. Seorang wanita tidak boleh berpergian seorang diri selama dua hari, melainkan dengan suami atau dengan muhrimnya. 2. Tidak boleh puasa pada dua hari. Yaitu, pada hari raya Idul Fitri, dan pada hari raya Idul Adha. 3. Tidak boleh solat sesudah dua solat. Yaitu, sesudah solat Subuh hingga terbit matahari, dan sesudah solat Asar hingga Maghrib. 4. Tidak boleh disediakan perangkat kenderaan kecuali hanya untuk perjalanan ke tiga buah masjid. Yaitu, ke Masjidil Haram, ke Masjid Aqsha, dan ke Masjid ku." adis Sahih Bukhari No. 0628 Jilid 2 Topik adalah Solat 628. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami memberi salam kepada Nabi saw. ketika beliau sedang solat, dan beliau menjawab salam kami itu. Tatkala kami kembali dari Najasyi (penguasa Ethiopia), kami pun memberi salam kepada beliau tetapi beliau tidak menjawab." Kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya orang yang sedang solat itu sedang melakukan sesuatu yang penting."
629. Dari Abu Amr Asy Syaibani, katanya: "Zaid bin Arqam mengatakan kepada ku, 'Pada masa Rasulullah saw. kami pernah bercakap-cakap ketika sedang solat; sehingga seseorang di antara kami mengatakan kepentingannya kepada yang lain. Maka turunlah ayat: Haafizhuu 'alash shalawaati washshaatil wusthaa (Peliharalah semua solat mu, dan peliharalah solat wusthaa ) hingga akhirnya. Sesudah itu kami diperintahkan diam (tidak boleh bicara) ketika sedang solat."
630. Dari Sahal r.a., katanya: "Pada suatu kali, Nabi saw. keluar untuk mendamaikan Bani 'Amr bin Auf, kebetulan waktu solat telah tiba. Maka datanglah Bilal kepada Abu Bakar mengatakan, 'Nabi saw. terlambat datang,. Tuanlah yang menjadi imam." Jawab Abu Bakar, "Baiklah! Kalau engkau setuju." Setelah Bilal qamat Abu Bakar maju ke muka lalu solat. Kemudian Nabi tiba, lalu dibelahnya saf perlahan-lahan supaya dia dapat lewat sampai ke muka. Orang banyak bertasfih. Kata Sahal, tahukah kamu, apa itu tasfih? Yaitu, bertepuk tangan. Abu Bakar tidak menoleh. Setelah orang semakin ramai bertepuk: maka barulah dia menoleh ke belakang. Nabi saw. telah berada di dalam saf. Beliau memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap di tempatnya. Lalu Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah. Kemudian dia mundur ke belakang dan Nabi saw. maju ke muka meneruskan solat."
631. Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: "Kami pernah mengucapkan salam ketika solat, menyebut nama dan salam satu sama lain. Hal itu terdengar oleh Nabi saw., lalu beliau bersabda, bacalah: "At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu wat thayyibaatu. Assalaamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullhi wabarakaatuhu. Assalaamu 'alaina wa 'ala 'ibaadillaahish shaalihin. Asyhadu an laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh. " (Segala kehormatan untuk Allah, segala keberkatan dan segala kebaikan. Salam untukmu wahai Nabi, rahmat Allah dan berkatNya. Selamat kiranya untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang salih. Aku mengaku bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya). Apabila kamu baca bacaan itu, bererti kamu telah memberi salam kepada seluruh hamba Allah yang soleh di mana saja pun mereka berada, di langit maupun di bumi. "
632. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tasbih untuk kaum lelaki, dan bertepuk tangan untuk kaum wanita."
633. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan seorang ibu memanggil anaknya yang sedang solat. Kata ibu itu, "Hai, Juraij!" Lalu Juraij mohon kepada Allah, "Wahai, Allah! Ibu ku (memanggil ku), dan aku (sedang menunaikan) solat ku. (Apakah yang harus ku perbuat?)" Ibu itu memanggil pula, "Ya.Juraij!" Kata Juraij, "Wahai, Allah! Ibu ku kah atau solat ku kah?" Kata si Ibu pula, "Wahai, Allah! Semoga Juraij tidak mati sebelum dia melihat muka perempuan lacur lebih dahulu."Pada suatu ketika datang seorang wanita lacur penggembala ke tempat peribadatannya, lalu ia melahirkan. Ketika ditanya, "Anak siapa ini?" Wanita itu menjawab, "Anak si Juraij, dan dia keluar dari tempat peribadatannya. " Kata Juraij, "Mana itu wanita yang mengatakan anaknya adalah dari ku?" (Sementara itu bayi wanita tadi dibawa orang kepada Juraij). Kata Juraij, "Hai Bayi! Siapa bapa mu ?" Jawabnya, "Seorang gembala kambing."
634. Dari Muaiqib r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepada seorang laki-laki yang bekerja meratakan tanah tempat sujud sabdanya: "Jika sudah kamu perbuat, cukuplah satu kali saja."
635. Dari Anas r.a., katanya: "Kami pernah solat bersama-sama dengan Nabi saw. di musim panas. Maka siapa yang tidak boleh meletakkan dahinya ke bumi, dibentangkannya kain, lalu ia sujud di atasnya. "
636. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku pernah melonjorkan kaki ku ke hadapan Nabi saw. waktu beliau sedang solat. Ketika beliau akan sujud dicubitnya kaki ku, lalu ku angkat, dan setelah beliau berdiri saya lonjorkan pula kembali."
637. Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Bahawasanya Nabi saw. pernah melihat kahak di kiblat masjid. Nabi marah kepada orang-orang yang ada di dalam masjid. Sabda beliau: "Sesungguhnya Allah berada di hadapan mu masing-masing. Maka apabila kamu sedang solat, janganlah meludah atau mengahak ke hadapan mu." Kemudian beliau menunduk membersihkan sendiri kahak itu."
638. Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. bersabda: Apabila seseorang kamu sedang solat, maka sesungguhnya ia sedang berbisik dengan Tuhannya. Maka kerana itu janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan, tetapi ke kiri di bawah tapak kakinya. " adis Sahih Bukhari No. 0639 Jilid 2 Topik adalah Solat 639. Dari Jabir r.a.. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengutus ku untuk suatu keperluan, lalu saya pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada beliau. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi beliau tidak menjawab. Oleh kerana itu timbul dugaan di hatiku, Allah sajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diri ku, "Barangkali Rasulullah saw. marah kepada ku kerana aku datang terlambat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun beliau tidak menjawab juga. Prasangka di hatiku bertambah dari semula. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu beliau menjawab salamku itu. Sabda beliau, "Aku terhalang menjawab salammu, kerana aku sedang solat." Waktu itu beliau solat di atas kenderaan, tidak menghadap kiblat."
640. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang seseorang solat bertolak pinggang."
641. Dari 'Uqbah bin Harits r.a., katanya: "Saya solat Asar beserta Nabi saw. Sesudah memberi salam, beliau segera berdiri dan terus masuk ke rumah isteri beliau. Tidak lama kemudian beliau keluar kembali dan dilihatnya muka orang banyak seperti hairan kerana beliau cepat saya pergi dan kembali. Beliau bersabda: "Aku teringat sesudah solat tadi akan sepotong emas yang ada pada kami. Aku tidak ingin emas itu akan berada pada kami sampai petang atau malam nanti. Oleh kerana itu aku perintahkan supaya membahagi-bahagikannya;"
642. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: " Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat."
643. Dari Abdullah bin Buhainah r.a., dia mengatakan bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimaminya dalam salah satu solat. Beliau solat dua rakaat lalu berdiri (untuk rakaat ketiga) tanpa duduk (sesudah rakaat kedua). jemaah pun berdiri pula mengikuti beliau. Ketika solat hampir selesai, kami menunggu-nunggu beliau akan membaca salam, ternyata membaca takbir; lalu beliau sujud dua kali sedang duduk itu, kemudian membaca salam tanda selesai.
644. Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a., bahawa Rasulullah saw. sesudah dua rakaat Zohor langsung berdiri tanpa duduk (antara rakaat kedua dengan ketiga). Tatkala beliau telah selesai solat, beliau sujud (sahwi) dua kali, dan sesudah itu membaca salam (tanda selesai)."
645. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami solat Zohor (atau mungkin Asar) bersama-sama dengan Nabi saw. Setelah selesai solat, Dzulyadain bertanya kepada beliau, "Kurangkah solat ya, Rasulullah?" Beliau pun bertanya pula kepada jemaah, "Betulkah apa yang ditanyakannya itu?" Jawab Jemaah, "Benar!" Lalu Nabi saw. solat lagi dua rakaat, sesudah itu sujud (sahwi) dua kali."
646. Dan Abu Hurairah r.a., dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya waktu seseorang kamu sedang solat, syaitan datang menggodanya, sehingga tidak diketahuinya telah berapa rakaat dia solat. Maka apabila kejadian seperti itu terjadi pada kamu, sujudlah dua kali waktu duduk."